

- Graduan Diploma dan ke atas yang telah tamat pengajian atau bekerja tidak setaraf kelayakan
- Obligasi Arahan Pekeliling Perbendaharaan (PP/PK1.12)
- Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
- ≥ 8 bulan, ≤12 bulan

- Dilaksanakan oleh syarikat pelaksana melalui latihan dalam kelas secara in house / external trainer
- 7 modul wajib perlu diberikan kepada peserta sebelum tempoh latihan tamat
- Kemahiran Komunikasi (Communication and Networking Skills): Melatih peserta menguasai kemahiran asas dalam Business Communication menggunakan Bahasa Inggeris sama ada melalui penulisan dan percakapan serta kemahiran untuk meluaskan rangkaian kenalan.
- Pemikiran Kritis dan Kreatif (Creative and Analytical Thinking): Mengasah kemahiran berfikir peserta secara kreatif, kritis serta analitikal dalam membuat keputusan.
- Profesional Berteraskan Nilai (Value Driven Professional): Membentuk peserta supaya menjadi golongan profesional yang mempunyai nilai positif seperti kepimpinan, integriti dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dan pasukan.
- Kebolehan Adaptabiliti dalam Organisasi (Organizational Adaptability): Menyesuaikan peserta dengan persekitaran bekerja secara langsung dalam organisasi termasuk penerapan nilai-nilai positif syarikat
- Penjagaan Imej, Etika dan Protokol (Grooming and Etiquette): Menambah baik penampilan peserta mengikut imej korporat, etika dan protokol di tempat kerja mahupun di majlis rasmi.
- Keusahawanan 101 (Entrepreneurship 101): Memupuk ‘Entrepreneurial Mindset’ dalam jati diri peserta untuk menjadikan peserta lebih proaktif, mengambil risiko, tabah, menyelesaikan masalah secara inovasi dan fleksibiliti dalam alam pekerjaan.
- Kelestarian Alam Sekitar dan Kesan Sosial (Environment Sustainability and Social Impact): Menggalakkan peserta menjadi golongan profesional sama ada sebagai usahawan atau pekerja yang mementingkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam persekitaran dan hidupan liar serta sentaisa memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling dalam apa jua keputusan yang bakal diputuskan.
- Diberikan Latihan Kemahiran Insaniah dan Latihan Ditempat Kerja
- Elaun bulanan sebanyak:
|
||
Kelayakan | CSR | PP/PK 1.12 |
Ijazah dan ke atas | RM1,500 | RM2,000 |
Diploma | RM1,500 |
SYARIKAT | PESERTA |
|
|