N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah. Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais. Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.
YAB Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 telah mengumumkan program ini sebagai salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan. Selain itu, program ini turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.
Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.
Graduan / Belia yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam program N-GENE, boleh mengemukakan penyertaan melalui saluran di bawah. Sila pastikan anda memilih saluran yang betul berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
Graduan / belia yang baru memulakan perniagaan | Graduan / belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan |
Saluran 1 Daftar di sini | Saluran 2 Daftar di sini |
Pendaftaran N-GENE 1.0 telah ditutup |
Sekretariat berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati maklumat yang dinyatakan tidak tepat atau tidak lengkap.
Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi Sekretariat yang bertugas seperti berikut:
Alamat e-mel | protege.ngene@medac.gov.my |
---|---|
Nombor telefon | 03-2935 8989 (sambungan 302) En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin |